Khamis, 2 Ogos 2012

TERPAKSA.Umno Yang Parah Cuba Eksploitasi Isu PM Bukan Melayu Untuk Cemaskan Orang Melayu



Persoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu telah dieksploitasi oleh UMNO untuk mencemaskan orang Melayu yang naif.

Karpal Singh menyatakan bahawa Malaysia boleh mempunyai seorang Perdana Menteri bukan Melayu atau bukan Islam dengan sah.Dari sudut perlembagaan pandangan beliau adalah betul.Dia mungkin melampu dari segi politik dalam konteks Malaysia tetapi dia tidak melakukan sebarang kekhilafan dari segi perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas menetapkan bahawa bangsa dan agama Perdana Menteri bukanlah kriteria di sini. Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan hanya semata-mata menetapkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda YDP Agong boleh melantik Perdana Menteri daripada kalangan Ahli Dewan (dipilih Ahli Parlimen) yang mendapat sokongan majoriti dewan.

Tiada seorang pun dari kaum Cina atau India yang bercita-cita menjadi PM

Perlembagaan tidak memberitahu tentang bangsa atau agama seorang Perdana Menteri.Mana-mana ahli Parlimen yang dipilih, yang pada hemat YDP Agong boleh mendapat kepercayaan majoriti, di sisi undang-undang boleh menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, bagi rakyat Malaysia yang berpendidikan selagi seseorang adalah kompeten, tidak terlibat dalam rasuah dan mempunyai integriti sebagai seorang ahli politik boleh dipilih untuk menerajui negara.Singapura mempunyai perdana menteri Cina yang telah memacu negara itu menjadi negara maju dan progresif.

Orang-orang Cina telah dilantik sebagai perdana menteri Negara itu kerana keupayaan mereka dan bukan semata-mata berdasarkan mereka adalah kaum majoriti negeri itu.

Realiti di Malaysia adalah Perdana Menteri akan dilantik dari kaum majoriti iaitu Melayu. Rakyat Malaysia tidak akan membantah norma yang tidak bertulis ini selama pemimpin itu cekap, jujur dan adil kepada semua. Ini juga telah diterima oleh pihak pembangkang.

Isu ini hanya akan timbul apabila Perdana Menteri yang dilantik merupakanseorang yang tidakefektif dan mempunyai banyak isu. Tetapi masih ada cara yang demokratik bagi menggantikan pemimpin iaitu melalui pilihanraya yang adil dan bebas.

Melihat kepada realiti di negara ini, tiada seorangpun Cina atau India yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.Sesungguhnya ramai orang Melayu yang berkebolehan dalam kedua-dua bahagian politik yang boleh memegang jawatan ini.

Sejarah dan tradisi sejak 55 tahun yang lalu sejak Merdeka, Malaysia telah sentiasa mengikut konvensyen atau tradisi. Dan norma bahawa Perdana Menteri semestinya Melayu-Islam dari parti dengan bilangan kerusi terbanyak di Parlimen dan datangnya dari kaum majoriti.

Malaysia yang majoritinya Melayu

Pembangkang, nampaknya, sependapat dalam hal pelantikan seorang Perdana Menteri.Demi kepentingan politik, sekurang-kurangnya padamasa ini, ia mungkin sukar bagi bukan Melayu atau bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri jika mengambil kira Malaysia yang majoritinya adalah orang Melayu. Rakyat Malaysia semuanya boleh menerima realiti ini.

Sebenarnya tiada isu mengenai perkara ini bagi parti-parti politik berkenaan.UMNO mengetahui keadaan sebenar tetapi hanya mengeksploitasi isu yang dibangkitkan oleh Karpal untuk membohongi pengundi Melayu.Agenda perkauman UMNO adalah untuk melagakan orang Melayu terhadap bukan Melayu dengan harapan mengampu sokongan orang Melayu kepada UMNO yang semakin berkurangan.

UMNO dengan sengaja memanipulasi isu ini supaya orang Melayu akan menjadi curiga terhadap bukan Melayu - Cina khususnya. Skim politik mereka adalah untuk menipu orang Melayu - bahawa 'orang Cina akan menghalang mereka daripada mendapat hak-hak dan kuasa mereka '.

Walau apa pun yang berlaku, ia adalah satu fakta sosiologi bahawa rakyat Malaysia tidak berjaya menjadi satu Bangsa Malaysia bertahun-tahun selepas Kemerdekaan. 1Malaysia UMNO adalah penipuan politik semata-mata.Tiadaseorang pun ahli politik yang ikhlas dalam UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk melihat Bangsa Malaysia menjadi kenyataan.

Dasar pecah dan perintah UMNO telah mencipta sebuah masyarakat Malaysia yang polarisasi.

Asimilisasi budaya

Keadaan di India, contohnya, di mana Perdana Menteri datang daripada kumpulan minoriti dilihat dari sudut pandangan budaya. Secara amnya, orang-orang India bukan dari keturunan yang sama. Mereka secara relatif telah menjadi satu bangsa walaupun mereka dikenal pasti oleh perbezaan agama dan asal usul.

Dari segi sejarah, rakyatnya adalah berketurunan dari negara itu dengan kumpulan yang besar di bahagian utara mempunyai DNA Aryan-India.Namun begitu, dari segi budaya mereka orang India. Walaupun dengan pencerobohan Aryan dan pengaruh di beberapa bahagian negara itu pada masa lalu namun orang India pada dasarnya sama.

Terdapat asimilasi budaya yang dilihat di kalangan rakyat di India. Agama telahmembezakan mereka tetapi budaya yang wujud menjadikan merekasama sahaja. Rakyat dapat menerima seorang Hindu, Sikh atau pun Islam sebagai Perdana Menteri atau Presiden negara ituasalkandia mendapat sokongan majoriti.

Ia telah mengambil kira-kira 250 tahun selepas Merdeka (1776) bagi Amerika Syarikat untuk bersedia menerima seorang berkulit hitam sebagai Presiden. Seperti yang didakwa, AS telah menjadi wadah bagi penduduk yang mempunyai DNA yang berbeza. Bagaimanapun, ia adalah sebuah negara maju dan mempunyai tahap celik huruf yang tinggi. Hari ini, rakyat tidak keberatan untuk melantik seorang yang bukan berkulit putih untuk menerajui negara.

"Bagi Malaysia, janganlah terlalu optimis atau terlalu pesimis.Biarlahkita sedikit realistik. Bagi Malaysia untuk mencontohi trend ini mungkin akanmengambil masa bertahun-tahun lagi. Tetapi ini tidak mustahil akan berlaku, "kata seorang pensyarah universiti tempatan dalam bidang sains politik.

Politik perkauman

Dalam situasi tempatan, hubungan kaum sentiasa menjadi satu perkara yang sensitif.Parti-parti politik adalah berasaskan kaum majoriti. Ia adalah kepentingan kaum atau agama seperti yang sentiasa digesa oleh ahli-ahli politik. Rakyat Malaysia hakikinya dibahagikan oleh bangsa dan agama. Melainkan jika ini boleh terpadam dari minda rakyat, rakyat Malaysia selama-lamanya akan tenggelam dengan politik pecah-belah dan bersifat membezakan.

"Bangsa telah menjadi satu perkara yang rumit untuk ditentukan di negara ini sekarang.Malah maksud Melayu itu sendiri hanya ditakrifkan dari sudut sosiologi oleh ahli-ahli politik.Kita tidak boleh benar-benar mendapati mereka yang mempunyai DNA tulen Melayu di negara ini, "komen seorang ahli sejarah tempatan.

"Persoalannya sekarang ialah adakah kita rakyat Malaysia yang sudah boleh dikenali sebagai Bangsa Malaysia dan tidak lagioleh DNA kaum etnik kita?Malangnya, kita tidak dan ini telah membawa kepada banyak syak wasangka apabila berbicara tentang hubungan kaum di negara ini, "katanya.

Perlembagaan negara telah ditulis dengan prospek jangka panjang bagi rakyat Malaysia.Pemimpin-pemimpin British dahulu mempunyai wawasan bagi negara ini. Dengan rakyat yang berbilang kaum di negara ini, mereka yang merangka perlembagaan yang akanmengasimilasi budaya dan melalui perkahwinan campur, zuriat pada masa akan datang tidak lagi akan menjadi orang-orang Melayu, Cina, India tulen lagi dengan DNA asli.

"Walaupun Perdana Menteri pertama kitaberketurunan Melayu Siam. Kemudian negara ini sekali lagimempunyai Perdana Menteri dengan DNA Melayu dan Turki. Ini diikuti oleh seorang Perdana Menteri dengan DNA Melayu dan India, "kata seorang ahli sosiologi yang bekerjadengan sebuah universiti tempatan.

Bumiputera

Tetapi negara masih lagi menunggu seorang Perdana Menteri dengan DNA tulen Melayu setakat ini walaupun keturunan bumiputera adalah kriteria yang diterima untuk jawatan ini.

Tetapi, bukan Melayu sahaja ynag diklasifikasikan sebagai bumiputera di negara ini.Terdapat Orang Asli dan pribumi di Sabah dan Sarawak yang bukan Melayu atau orang Islam tetapi juga diklasifikasikan sebagai bumiputera.Jika bumiputera adalah kriteria yang dianggap logik, maka, mana-mana bumiputera boleh menjadi Perdana Menteri negara ini.

Walau bagaimanapun, mengikut peraturan yang tidak dinyatakan, faktor bukan Islam akan menafikan peluang mereka memimpin negara.

Beberapa Orang Asli (Proto-Melayu atau orang asli Melayu) kini pantas tersedar dan sudah terdapat di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Nenek moyang mereka dikesan berasal dari Mongoloid dan bertutur Austronesia dari tanah besar Asia yang berpindah ke Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu dalam siri migrasi antara 2500 dan 1500 SM.

Terdapat Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak yang telah hidup di atas tanah ini lebih awal dengan DNA bukan Melayu dalam diri mereka.Mereka juga mungkin ingin untuk menerajui negara ini kerana nenek moyang mereka yang mempunyai sejarah yang lebih lama di atas tanah ini.

Deutero-Melayu dianggap sebagai nenek moyang Melayu pada hari ini, yang berhijrah ke tanah ini yang boleh disusur kembali kepada sekitar 300 SM.

Dari sudut pandangan sejarah orang-orang dengan DNA Melayu memulakan sistem Kesultanan di negara ini sejak abad ke-15 dan mereka kini terdiri daripada kaum majoriti negara ini.Bersama-sama itu datang faktor agama.Mereka yang mempunyai DNA Deutero-Melayu hampir semua menganut agama Islam.Ini bermula kira-kira 600 tahun lalu.Oleh itu, peraturan yang tidak dinyatakan di sini sekarang - budaya dan tradisi - bahawa untuk menjadi Perdana Menteri, orang itu mestilah mempunyai DNA Deutero-Melayu dan Islam.

Malaysian

Tiada seorang pun dari kaum Cina atau India yang berhijrah ke tanah ini lebih lewat daripada kumpulan yang lebih awal akan membantah peraturan ini walaupun sebahagian besar daripada mereka adalah sebenarnya 'pribumi' tanah ini oleh kerana mereka dilahirkan di sini. Bagaimanapun, mereka tergolong dalam kumpulan minoriti.Mereka juga bercita-cita untuk mempunyai pemimpin yang jujur danakan berlaku adil kepada semua kaum di negara ini.

Pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung tidak lama lagi. Taktik UMNO sekarang adalah untuk menyemai mentaliti di kalangan rakyat bahawa kaum-kaum lain akan menghalang mereka daripada berkuasa jika mereka boleh menjadi Perdana Menteri. Tetapi propaganda ini tidak akanberkesan. Rakyat Malaysia menyedari bahawa Cina atau India tidak berebut untuk jawatan Perdana Menteri dalam keadaan sekarang.

Golongan muda dan orang Melayu yang berpendidikan tidak begitu naif untuk jatuh kedalam perangkap Machiavelli UMNO ini.

Ia adalah suatu isyarat yang kuat kepada negara bahawa pihak pembangkang tidak mempunyai kecenderungan untuk melantik seorang Menteri Perdana Menteri bukan Melayu. Selain ini, tiada Cina atau India yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Walau bagaimanapun, dalam demokrasi kita, sokongan sahaja tidak mencukupi untuk Melayu semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.Beliau memerlukan sokongan orang Cina, India, dan orang-orang Asli. Dalam erti kata lain, tanpa sokongan majoriti, seorang Melayu sekalipun tidak boleh menjadi Perdana Menteri.

Perlembagaan mencadangkan bahawa pemimpin yang boleh mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen boleh dilantik sebagai Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, akan datang suatu masa kelak hari apabila rakyat benar-benar bersatu dan sedar untuk mempertimbangkan kompetensi bukan Melayu untuk memimpin majoriti ahli-ahli parlimen, sama ada dia adalah Melayu, Cina, India atau Orang Asli.

Mesej Karpal kepada semua

Untuk ini berlaku, tiada parti politik perlu menggambarkan bahawa mereka adalah juara satu- satu kaum.Tumpuan mereka sepatutnya lebihkepada semua rakyat Malaysia.Sehingga itu rakyat Malaysia secara umumnya selesa dengan mempunyai seorang Perdana Menteri dari kaum majoriti Melayu.

Amerika Syarikat telah mengambil lebih daripada 250 tahun untuk memilih seorang berkulit hitam sebagai presiden.Ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk Perdana Menteri bukan Melayu untuk menjadi realiti di Malaysia. Akan tiba masanya setiap kaum di negara ini tidak akan berfikir tentang bangsa mereka tetapi lebih sebagai rakyat Malaysia. Orang Melayu, Cina, India, kaum di Sabah dan Sarawak akankurang berfikir tentang apa kaum mereka tetapi merasakan diri mereka lebih sebagai rakyat Malaysia.

Dia mesti orang Malaysia- bukan mengikut bangsa

Pada masa itu, bangsa Perdana Menteri tidak menjadikeutamaan rakyat lagi.Apa yang penting adalah Perdana Menteri mestilah cekap dan adil untuk semua rakyat Malaysia. Beliau mestilah dapat menggunakan pilihan raya yang adil dan bebas untuk memenangi mandat daripada rakyat. Dia tidak akan terlibat dalam rasuah atau terlibat dalam apa-apa skandal.

Rakyat Malaysia perlu berusaha untuk membolehkan ini berlaku.Mungkin inilah mesej Karpal kepada rakyat apabila beliau menyebut bahawa bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan