Ahad, 22 Julai 2012

Razak Baginda yang di kenali dan hantu Altantuya yang wajib Najib kebumi


Abdul Razak Baginda, mempunyai penglibatan yang kontroversi dalam kematian penterjemah Mongolia Altantuya Shaaribu. Dia merupakan pengerusi Kelab Kendo di St John Institution pada tahun 1978, manakala Naib Pengerusinya adalah diri saya sendiri.

Baginda adalah seorang yang mesra dan peramah di zaman persekolahan dahulu. Dia adalah seorang yang menyenangkan dengan begitu tinggi budi bahasa dan disenangai ramai. Dia mempunyai ramai kawan kerana agak senang untuk didampingi. Di sekolah boleh dikatakan dia hampir tiada musuh.

Apabila meninggalkan St John, kami berpisah dan tidak pernah terlintas di fikiran saya,akan berjumpa dengannya lagi sehingga suatu pertemuan di MPH Bangsar di Jalan Telawi. Pada masa itu, dia sudah menjadi personaliti yang dikenali rakyat Malaysia sebagai hos rancangan bual bicara.

Dalam pertemuan yang ringkas itu, dia menjemput saya untuk menjadi editor penyumbang dalam penerbitannya yang baru sahaja bermula. Nama penerbitan ini adalah Editor Asia. Pada masa itu, kita sedang berada dalam pertengahan tahun 1997 dan Baginda mempunyai pejabat perniagaan di Wisma Gas Asli di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang sering saya kunjungi dalam proses menulis artikel untuk mereka.

Apabila pelancaran rasmi majalah tersebut diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah dijadualkan untuk merasmikan majlis pelancaran tersebut. Malangnya, atas sebab-sebab tertentu, Najib tidak muncul. Ini merupakan kolaborasi bekas pelajar St.John kerana Najib sendiri merupakan alumni St John, tetapi lebih senior dari kami berdua, Baginda sendiri merupakan pelajar dua tahun lebih senior dari saya.

Apabila Najib gagal hadir, Baginda memohon maaf bagi pihak Najib dan mengumumkan isu sulung Editor Asia dengan memuji "kehebatan pasukan editorial" majalah tersebut. Sebenarnya majalah itu bakal diedarkan di seluruh rantau Asia.

Malangnya, walaupun usaha penerbitan agak membanggakan pada operasi dihentikan selepas setahun penerbitan. Tiada alasan yang diberikan, tetapi semua kakitangan yang bekerja di majalah telah dibayar gaji mereka sebelum berpisah dengan Baginda.

Semasa di Editor Asia, keadaa biasa sahaja seperti di mana-mana pejabat lain. Baginda sentiasa, seperti dirinya sewaktu di sekolah dahulu. Dia sentiasa ceria, yakin terhadap diri sendiri, tetapi kebanyakan daripada kami berpendapat dia kurang berbakat dalam perniagaan terutamanya dari segi penerbitan. Dia kelihatan seolah-olah sebenarnya kurang berminat dalam bidang penerbitan kerana sering meninggalkan operasi harian kepada kami.

Bayangkan bagaimana terkejutnya kami apabila mengetahui bahawa seorang penganalisis politik yang dikenakan tuduhan membunuh seorang warganegara Mongolia adalah tidak lain daripada Abdul Razak Baginda?

Apa motif mereka?


Apabila rakyat mula-mula digemparkan dengan penangkapan dan reman Razak Baginda selama 22 bulan, kami semua berharap bahawa ini hanyalah satu kesilapan dan Baginda akan terlepas dari hukuman gantung.

Tetapi liku perbicaraan yang penuh putar belit telah meninggalkan kami dalam keadaan hairan dan kebingungan, apabila akhirnya dua anggota polis didakwa menjadi pembunuh Altantuya semua berasa lega untuk Baginda, namun terdapat lebih banyak persoalan timbul pula dalam minda kita.

Mungkin soalan yang paling jelas dan terbukti telah dikemukakan oleh Encik Karpal Singh, peguam untuk Sharibuu Setev, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga si mangsa: "Apakah motif mereka?"

Ini adalah soalan yang tepat dan bermain dalam minda kebanyakan rakyat di Malaysia? Kenapa dua anggota polis yang tidak mengenali Altantuya dan tidak boleh mengecamnya pun mahu membunuh, dengan mengikat kedua-dua tangannya dan meletupkannya dengan bahan letupan? Kenapa mereka bertindak demikian?

Ini sememangnya dua lelaki yang sudah tentu tidak gila oleh yang demikian, misteri kematian Altantuya mula menyelubungi Malaysia dengan lebih banyak persoalan yang dan pengakhiran yang tidak masuk akal.

Ia telah menjadi saga yang tiada pengakhiran dengan saksi yang menghilangkan diri dan testimoni yang diberi menjadi bertentangan bahkan suatu akuan berkanun telah dibatalkan.

Tiada penyelesaian sehingga kebenaran diketahui


Sejak berita pembunuhan kejam Altantuya,, minda rakyat Malaysia dicengkam hebat oleh implikasi yang akibat kematian wanita muda Mongolia ini.

Walaupun Altantuya tidak pernah menjadi sebahagian masyarakat tempatan, mereka yang terbabit dan dikaitkan dengan pembunuhannya dan skandal rasuah sekitar perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia merupakan orang ternama di negara ini yang telah memberi rakyat Malaysia perasaan gelisah dan takut.

Kematian Altantuya mengerikan dan menyeramkan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia seolah-olah menghantui kita, bahawa negara ini telah ditimpa sumpahan akibat kematian misteri dan mengerikan itu.

Ia bukan hanya isu yang bermain dalam perasaan hati dan minda rakyat Malaysia tetapi menjadi tatapan masyarakat antarabangsa.

Jawapan kepada persoalan itu ada dan ia seharusnya melibatkan kerjasama pihak dari pelbagai negara yang terlibat iaitu Malaysia, Perancis dan Mongolia dan juga Interpol untuk mendapatkan penyelesaian bagi semua terutama sekali perasaan rakyat Malaysia yang tidak tenteram.

Jelas, ini adalah masa untuk mendapatkan keadilan bagi Altantuya dan bagi rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan mereka. Penyelesaian bagi semua pihak mempunyai kepentingan dan hak keatas kematian Altantuya dan memberikannya pengebumian yang wajar dan sempurna. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil peranan utama dalam memastikan berlaku keadilan dari kebenaran.



Christopher Fernandez, Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan